Showing posts with label CraZy Of mE. Show all posts
Showing posts with label CraZy Of mE. Show all posts

Sunday, August 12, 2012

FANTASY FOOTBALL EPL 2012/2013

joint us at   786988-196929 MMHEPL 

(MALAYSIA MARINE HEAVY ENG PREMIER LEAGUE)


more than 200 team battle here!

Saturday, June 18, 2011

PERIHAL FILEM

Berikut adalah perbezaan antara filem/drama MELAYU, CINA dan INDIA.

Drama/Filem Melayu

1.    80% jalan cerita berkisar tentang:
 a. Cinta.
b.  Cinta 3 segi.
c.  Cinta 4 segi.
d.  Anak-anak rebut harta pusaka.
e.  Kalau keluarga kaya, anak2 rebut sapa nak gantikan Tan Sri (ayah) jadi Pengerusi, CEO atau Presiden syarikat.
f.  Pasal gengster[famos o skunk]
g. hantu aka xtakut

2.    Walau pun cerita pasal awek kilang, rumah awek kilang ni mesti complete furnished. Ada TV 42", Home Teatre, peti sejuk besar, set sofa mewah. (Director tak buat home work ker? Pegi la tengok umah awek kilang kat Sungei Way tu).

3.    Cerita polis lak, dialah pegawai penyiasat, dialah jadi forensic, dialah jadi pathologist, dialah yang gi ambush. Semuanya DIA yang buat. Polis lak dialog pakai bahasa buku. "Saya rasa kita patut siasat dengan lebih terperinci tuan". " Betul cadangan awak itu. Kita bertindak sekarang".

4.    Kalau cerita pasal Construction, bawak satu pelan gulung, pakai topi KUNING, tunjuk-tunjuk kat bangunan tengah buat, discuss dengan 'kepala' Indon komplen kenapa projek lambat siap kat Indon tadi. (Topi kuning utk pekerja buruh la bang).

5.    Adegan doktor kat Wad check pesakit. Ambik fail hujung katil, selak-selak. Dialog wajib : "Kesihatan awak bertambah baik. Banyakkan berehat dan jangan lupa makan ubat ". (Woi bang, tengokla cerita ER tu, Dr ada medical terms dia).

6.    Adegan kat umah. Ayah mesti tengah baca paper, Mak mesti tengah menjahit atau lipat baju. Orang gaji tengah basuh pinggan. Orang gaji mesti nama dia Mak Nab atau Mak Jah.

7.    Nak panjangkan rakaman filem mesti ada adegan kereta sampai kat umah, bukak pintu kereta, bukak pintu pagar, masuk balik kereta, drive masuk car porch, keluar, tutup pintu pagar.

8.    Adegan sembahyang mesti dah salam akhir or adegan mengaji Quran mesti dah sampai part sadakallah hulazim. (Cover line kot .

9.    Gangster atau kuncu orang jahat mesti pakai baju takder lengan, pakai rantai dan pakai bracelet.parut2 buruk konon mcm real kat muka jadi aksesori kan kan kan

10.  Nak bagi sedih gila, mesti buat adegan dah tahu nak mati pasal kena barah otak.

Drama/Filem Cina.

1.    Cerita Kungfu, hero terror boleh terbang. Tapi sambung pengembaraan mesti jalan kaki. Apsal tak terbang jek. Kan cepat sampai.

2.    Hero mesti miskin gila. Tapi mesti ada sekeping or 2 keping duit siling kat celah lengan besar jubah dia.

3.    Kalau cerita moden hero boleh lawan dan tewaskan 30 orang penjahat serentak.

4.    Biasalah, kalau kena tembak mesti kat bahu or kat kaki. Tak mati.

5.    Heroin mesti jadi bini or girlfriend boss penjahat dan jatuh cinta kat hero.

6.    Hero mesti menembak pakai 2 pistol, kiri dan kanan. Macam Chow Yuen Fatt dalam filem 'A Better Tomorrow'. Tapi best ooo.....

7.    Pistol hero mesti peluru tak habis2. Tak payah reload.

8.    Cerita hantu, hantu dia biasanya pakai bedak muka tebal2 dan hitamkan keliling mata. Kat bibir ada darah meleleh. ( Tak seram pun ).

9.    Kalau cerita lucu plak, mesti ada adegan air liur meleleh keluar mulut macam air paip.

10.  Cerita Blue dia pun tak best. Awek mengerang jek lebih.

Drama/Filem India/Hindustan.

1.    Biasalah, kebanyakan cerita bermula dengan 2 beradik terpisah. Sorang di bela oleh orang jahat dan sorang lagi dibela oleh orang baik. Dah besar, abang jadi Inspektor Sahab dan adik jadi gangster. Nak abih cerita mesti adik kena tembak ngan abang dan waktu nazak baru si abang tahu yang dia tembak tadi adalah adiknya sendiri melalui tanda parut.

2.    Orang jahat digambarkan tersangat jahat sampai lembu pun takut.

3.    Selalunya depa suka ciplak bulat2 filem barat macam Pretty Woman, Face Off dan Heat.

4.    Paling pendek pun jangkamasa tayangan adalah 3 jam.

5.    Orang jahat dan hero payah nak mati walaupun kepala dah kena ketuk dengan tukul besi.

6.    Hero tak kena tembak walaupun ditembak dari jarak satu kaki.

7.    Adegan joget sambil menyanyi akan melibatkan penari iringan seramai satu kampong dan bertukar 7 atau 8 pasang pakaian untuk setiap lokasi hanya untuk satu lagu.

8.    Adegan keretapi tak leh tertinggal. Joget reramai sampai atas bumbung keretapi.

9.    Kalau cerita moden, dialog mesti bercampur bahasa omputeh dan Hindi. Contoh ' I'm sorry. I didn't know that na pere tomhe cha....bla....bla....bla...'.

10.  Biasanya plot dan jalan cerita da boleh baca apa penyudahnya. Tu yang pelik ramai plak yang tunggu sampai abih.

Sekian laporan ikhlas untuk pedoman tuan2 director filem.

Saturday, April 9, 2011

DIY lappy cooling fan

yeah..im looking fwd for this!
i will show the treat n pic for u..
check it oit!

Sunday, March 20, 2011

update!

wow! dah lame x b blog!  jom jejalan d blog2 ppl..this month is suck bcoz so many assignment, quiz, test that i need to do. oh kiD! dont be so lazy k...this month also so many thing happened.tsunami in Japan,Libya with Gaddafi,Chelsea loses in 2 cup..n my financial problem also..haha..oh by d way, alot of story i want to share with u all but i dont have enouh time la..ok i promise..after this month i always update my blog k..keep in touch n always pray for a ggod thing..Al-Fatihah to all Muslim that die in Japan(tsunami) n Libya(who fight for right again gaddafi)..hope God bless u...wassalam :-j

Saturday, February 19, 2011

last trip to Langkawi

aha..bermcm2 aktiviti kiteorg kat sane..
island hopping,mandi laut,kejar dikejar(penulis),
mkn2 d Chenang,membeli belah d Pekan Kuah,
tido d rumah desa abadi yg katenya 3 kaki dpan pantai,
naik cable car, round2 1 Langkawi.masok van tido,kuar
van mengeliat,diorg main banana bot,snap pic at tugu helang,
so malas nak cite just tgg pic jer k!
 last day
 peace
 before ride the cable car
 at Chenang during night

 at pantai Dayang Bunting

 1st day
tired face

Sunday, February 6, 2011

chinese new year end


Andai kata ku turutkan kata maka leburlah cinta.
Andai Ku Turutkan Rasa Hati Maka Cairlah Isi.
Andai Ku Mengikut Rentak Irama Maka Songsanglah Lagu
Yup..cuti2 Chinese new year pond ah abih.baru blk dr serdang..xpikir pon pasal kerja assignment quiz n mini project apetah lagi fyp..yea2x… smue menda terbengkalai.tula sape soh pecat s/u.kan dah kelam kelibut dunai aq..haha.so mlm karang aq nak ronda2..yup! ronda2 mencari jawapan utk kerja ku..bantai la.janji siap..kalo xsiap alamat nyer MAMPOS kena deduct marks…ops… cuti2 nie g jejalan n wat bisness.g seremban..layan gak walaupon seremban tu hampeh mcm solok! Erm layan ank sdara pon best gak.hahaha..blk jer lumut trus xsenag piker keje..hah..padan muke ko! Sape soh xwat keja.lepak dgn membe2 kat ceras, puchong.the gud news is syaitan besar dah blk! Ko tgg la t aq sumpah ko..hahaha.to my beloved ans..jgn mls2 yerk wat ‘menda’ tu..i nak bli cam nie..kikiki..fyp pon siapkan..kalo x aq leter ko 24hrs/7days.heah!
Ps* bile la ‘seru’ nak dtg nie der

Thursday, February 3, 2011

Assignment


Fyp…..xsiap xbuat..so? Assignment lain pon xwat..
SoLUtion plzzzZZzzzzzzzzzzzzz

Thursday, January 20, 2011

Loghat Pahang


Pahang merupakan negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Walaupun begitu, pada hari ini bahasa/loghat Pahang semakin sukar didengari. Oleh itu semakin sukar didengari oleh golongan muda semakin sukarlah memahami ayat2/kata2 orang tua2 sekarang. Sebab itu bebudak sekarang babel xdengo kate.hihi.moh kite layan…zzz.

Jom kite tgk2 kamus loghat Pahang nie..
A
Agok - agak, teka
Agok - rantai, alat perhiasan leher, tangkal di leher
air tawo = air yang telah dijampi
Ampuh - sempat
ampuh - temgelam
ande - ada
Aok - awak
asok - himpit
awok -awak

B
Babir - degil
Bahan - pukul, Contoh : bahan kuat sket..bior mampuih.
bale- dahsyat
bale- satu sumpah laknat
bantai - buat sesuka hati
bedai - buat ikut sedap tangan.
Bela - repair contoh ayat Bila aok nok bela TV tu?
Berahi - suka (lebih kpd barang ye bukan org...kekkeke...disebut
Beraluih/beralus - perangai yang sopan santun,berbudi bahasa ,contoh ayat :
mak suka benor ngan si tipah tu..beralus budaknya
Berambi - berhati-hati,berwaspada
Berderau - gotong royong
Bergodok - menghentak kaki ke batang lesung secara bersama/serentak serta
dengan kadar yang cepat masa mengempin
Beringor - memberitahu
Berlemin - berminyak
Berlengging - tak pakai baju, pakai suar jer
Bersalai - disebut bersalei- maksud : tak mandi pagi
Berte'eih - bertungkus-lumus,usaha gigih
Bertonyeh - gaduh mulut
Biroh - gatal
Borok - borak
boya - ferry
Boyaih - boroi
Buas - lasak
Buboh - letak

C
ce - awalan pada beberapa perbuatan..seperti
Cemuih - bosan
Cenekang - kuku cekam tu le
Cekut - cakup/beritahu
Celau - hari ribut..sebab melakukan sesuatu luar biasa/tabie..seperti laga
kucing
Chika - mual/muntah/perut memulas
Cokei - cukai
cokeng - tegak
Cakner -tak amek peduli, tak kisah.Contoh :sebab pagi tadi aku lupa gi keja
gosok baju.. lalu mak aku kata bebudak sekarang ni tok cakne langsung
Cope - (cho~pe), tepi... at the edge, hampir nak jatuh
Congkeh : Cungkil / pick (Tak malu ngat budok tu congkeh gigi depan orang ramei)
Cegeng : Telinga capang / long & wide (maksud lebih kurang) - (Patut la anak koi ni degil jek, telinga cegeng rupanya)


D
Dan - sempat,cth : la napenye tak makan lagi?tak dan ker?
Daur - sebaya,berkaitan dgn usia
Degut - [ isk nak beri makna benda lak ni ] Dedor - suam-suam kuku
Dema - (awak,biasanya utk ramai) cthnya: dema ni takde keja lain ke
Doh - sudah , Contoh : awok doh makan ker?
Dedeh : kerat / potong / cut (Ce dedeh buah mempelam sket ke koi)

E

F

G
GGamoknye - agaknya
Gasok - suka hati awaklah
Gebor : Selimut / Blanket (Tiap-tiap malam, koi tido tok payoh pakei gebor, panaih weh..)
Gerik-gerik - waktu senja
getek - seakan-akan juga
Getik - geli,meluat
ghona - macam mana
godang - buat dengan kuat sampai rosak
Godei - kacau kacau air, dodol
Goge - hingar bingar
Gohek - kayuh
Gonggot - rambut yang digunting tak sekata
Gonyoh - Sental kuat2

H
Habat/habad - pengotor
Hambat - kejar
Hantoi - lembap,slow pergerakan
Hokok - tamak, berkaitan cara makan
Homeh : Becok / Talkative (Anok koi hak kecik tu, homeh betoi)

I

J
Jabir - plastik
jamban - jeti tempat bot belaboh diperbuat dari 2 atau3 batang balak untuk
membasuh, mandi dan mengikat bot, selain menjadi jamban terapong dii Sunagi
Pahang
Jelun - biasanya kalau demam ambil tuala.celup ngan air asam jawa. jelun
kepala
Jenih - jenis
Jenuh - puas,cth : ntoh ler..jenuh dah koi nunggu
Juwei - dahan pokok yang yang mencecah permukaan sungai (kalau tak silap la)

K
kahat -(jarang digunakan)
Kain cuking - sehelai kain basahan
Kair - (ke air)maknanya..pergi ke sungai.ngail
karang - nanti,sebentar lagicth : karang lah mok koi kupas nyour tu
kawan - saya
Kawe - saya
Kecah - Lecak
kecek - tipu
kederat - upaya
keh - saya
kehem - berkehem, bersungguh-sungguh/keterlaluan
kehut,kehot,kehak - letih..sengal
kekalu - emping dibuat dari padi pulut
keknya - tetapi
Kelas - cuci ikan menggunakan asam
Kelat - tipu (nie bukan kelat buah tau)cth ayat :tak aci sungguh main kelat
kelek = bawa dengan tangan tetapi barang di bawah ketiak.
Kememe - sama cam tembe gak
kenit - kecil
Kepat - hisap di dalam mulut terutama bagi pill dan gula-gula
kepek = 'crushed flat' ,meleperkan
kepok - tempat simpan padi
kerajat - taktau (kena tanya tihani ni)
Kerang - menangis dengan sepenuh hati
Kerapoh - sisa2/bersepah cth:sisa -Boh ke kawan kerapoh tulang2 ikan tu yek
Keri - ketawa teramat sangat.gelak guling-guling
kerui - gunting rambut
kipai - letih /lenguh tangan
kobek - belek2...menyiasat ( bukan menyiasat org ye )
kocek - pocket
kodi/kudi? - ketinggalan zaman
Kohot - sengal badan
koi - saya,aku(biasa pakai belah temerloh je)
Kome - kami
komeng - sinonim ngan nyiur/kelapa
Komoih - Gomol.Jgn le komoih budak tu nak tido weh
kona - ke mana
kuan - saya
Kuit/menguit - biase nye menunjukkan sesuatu yang banyak/ramai
Kulo - warna kelabu tahi anjing
Kupik - kedekut

Kome : Kami / We (Kome nok ke Lepih ujung minggu ni)
koi : saya / I / Me (Koi sedih betoi nengok anok-anok yatim kat Gaza tu..)
Kek nya : Tetapi / But (Koi nok sangat pegi beli telipon baru, keknya tok cukup duit)
Kode : Kacau / Stir (Ce tolong kode kan gulei ikan patin mok tu)
Kohoit : Lenguh / Tired (similar) (Koi banyok sangat berjalan pagi tadi, kohoit lutut)
Kepong (sebut 'e' seperti sebut 'e' dalam perkataan 'kekek') (Sedap ngat koi kepong biji buoh mempelam tadi)
Kisok : Kelam-kabut / Clumsy (Kisok ngat aok ni bila nok pegi keje..)

L
lacuh - tempat yang banyak dilalui atau digunakan
lantak aok - suka hati awak
Lat - tenggang/jarak masa
Lece - Tilam,
lecoh - becak
ledut - pekat
lehet - dipakai bagi bagi buah labu
Lejut - basah teruk(lencun)
lembah - tempat bertakung air kotor dibawah rumah.
lembang(berlembang) - sepah, berterabur
lengit - kalah teruk
Lepe - cuai
leweh - lemah longlai(cakap atau utk perbuatan)

M

Malaih - malas
Mamai - emosi tak stabil(betul ke guna makna ni?)
Manis meleting - teramat manis
Masam Menaung - Masam Sesangat
Masam mencekut - masam sesangat
Mek nye(matnya) - kenapanya
Melantong - busuk sangat
Melengger - apa ye perkataan sesuai.contohnya perahu yang hampir nak dimasuki
air
Melepam - pahit/.masin/masam sangat
Meleweh - bercakap mcm nak tak nak
melukah - (kain yang dipakai terbuka)
Membute - tido
Mencanak -laju sangat(mencayak?)
Mencayak tu - laju sangat bawak moto
Mencelabak - benda jatuh dalam jumlah yang banyak atau berat
menda - apa benda
menganjing - mengada..hehe
Mengaran,menajau - menangkap ikan dengan cacak tiang tgh sungai ikat tangsi
dan mata kail.untuk pemberatnya tampat botol bersama.
Mengekelan - tercekik(berkaitan dengan makan)
Mengekot - tubuh berbaring dengan bengkok..ala cam asam gelugur kedudukanya.
Mengelentat - mengada2 seksi
Mengelice- mengelupur
Menggeledeng - (Susah la nak explain maknanya), tp something yg merujuk kpd
pergerakan badan.Bakper menggeledeng ngat ni?
Menginding - kita dekati pihak lain secara diam-diam,jugabermaksud
berdampingan
Mengkane - telekung sembahyang
Mengkone - kemana-mana
Mengoloh - tolak balik/undur
Mengopeh - suka pegang sana..pegang sini..tangan tak duduk diam
Mengoteh, meroteh - tgn tak dok diam
Mengkei - masak (utk buah-buahan)
Menikei/kenikei - buah tembikai
Mentek - excess "gemuk", obese
Meraban - tak tentu hala
Merabung -kuantiti yang banyak.nasi sepingan rabung
Merahang - (jarang digunakan)
Merarau - tanya orang tembeling..makna
Merawei - satu lagi cara menangkap ikan.
Merebang/mengerebang - rambut tak terurus
Mereloh - tido
Merening -benda yang nak pecah(bulat)
Merepau -jalan dalam hutan tanpa tujuan
Merepih - mencangkul rumput
Merohong - wangi sangat
Meronoh - buang air besar
Mikai - buah tembikai
Moh - jom, mari, pergi
Mok - mak
Mombong - penuh
Motong - (menoreh getah)
Moh : Jom / Ayuh / Lets (di percayai orang putih tiru perkataan MOVE dari kita) - (Moh kita ke Pekan Sari ramei-ramei)
Meskir / Miskir : Terkilan / Dissapointed (Ni kome miskir ni, bila tak dan nok jumpa arwah)
Muyaih : Kotor / Serabut / Dirty (Tiap kali balik dari sekoloh, muyaih ngat anok koi)

N

Ngilir - menghala kehilir sungai.(dengan bot/perahu) secara perlahan.
Ngonyoh - gosok dengan kasar
Nyayup - tinggi sangat diatas atau bawah sangat
Nyeraya - suruh
Nyuluh - operasi buru binatang hutan pada mlm hari
Ngercuk : Ramai sangat / Crowded ( Tadi koi pegi tengok sales kat Sogo, ngercuk orang)

O

Oteing - Pening!Pah palih! Oteing paler kawan nak buat mende ni!
otok - marah, contoh otok awok
Oge : Goyang / Sway / Wobbled (Lama dah kerusi ni, sampei dah oge)

P

pah paleh - satu ekspressi seaka-akan terperanjat
Palor - Biar
Paluh - air sungai yang terkepung dek pasir(air tak mengalir)
peda - budu
pedaah - bohong
Pedooh' - tipu
Pepalih - maksudnya macam...ishh...teruknye. cthnye : pepalih awok nyape buat
gitu
pepeh = 'flat shaped'., leper
Perintan - Keadaan,masa
Peti - Peti sejuk
pipit - alat kelamin budak lelaki yang masih belum berkhatan.
Podot – sumbat cth ayat: kadir.kalau tok muat jugek aok podot je la baju tu
dlm beg ni
Polok - gelojoh, makan banyak sangat lauk
Pundung/safa - rumah kecik yang dibuat untuk berehat seperti tepi sawah,kebun
durian dsb
puyuh - alat kelamin budak lelaki yang masih belum berkhatan.
Polok : Tamak / Greedy ( Aok jangan polok sangat berbelanja..)

Q

R

Racik - jerat ayam hutan
Ralit - kusyuk
Rege - harga
Rodong/ghodong - kengkawan cth. ayat: mok..koi nok keluor kejak jumpa ghodong
Rompong : Kemek / Snub (Laju betul budak india tu bawak kereta, silap-silap rompong kereta tu karangg)
Recor : Terliur / Desire (Koi recor betul bila nampok cecolek mempelam..)
Raban : Merapu / Hentam (Meraban koi mencari rumoh tok penghulu tadi)

S
sepat - alat kelamin budak perempuan yang belum baligh.
sumpit = bekas yang pepeh yang di buat daripada mengkuang, biasa nya untuk di
isi beras atau emping. Saiz nya bias 18" x 12"
Sokmo : Selalu / Always (Aok ni kalau tengok citer hindustan sokmo menangis)

Sede : Koman (Merujuk kepada tingkahlaku individu) - ( Sede ngat aok ni, nok bele rantei basiko pun tak reti)

T
Tagang - cth ayat "tagang ampai kain"
tak ca-ana = tidak ambil perhatian atau tidak mahu mendengar dengan teliti.
Taruk - letak
Tating - angkat eg: tating kain, angkat kain
Tawor behe - Tawar Sesangat (Air)
Tebal bakut - sangat tebal ( bak kata org pahang ckp bahse KL tebal giler!)
Teging - cth ayat "teging nya tali tu.."
tekeh - sekeh/ketuk/pukul dengan belakang gemgaman tangan.
Tekeih - sikit lagi. tekeih dah no kena ikan tadi.(sikit lagi nak dapat
tangkap ikan itu)
Tembe - lembek, lemah, manja
Tertomos - jatuh tersembam, tersungkur
Tohor - cetek , cth ayat: lor..mek nya tohor ngat air sungei nie
Tok - tidak , Cth : tok makan lagi la..kawan lapo nie,
tokok - tambah

U

V

W
Wabe/bala/papalih - lebih kurang le makna tiga perkataan tu.
weh - kata penambah, contoh, sedap weh.
 Woreh : Waris / Relatives (pak asan tu bukan woreh kome)

X

Y

Z
zik - zip seluar, contoh zik awok terbukok
zaman tori : zaman dulu / lama / been known for a long time (isk3x...aok pakai baju zaman tori ke?)

dah bace? So pe pendapat oak smue? Dah phm blom? Kalo xpaham g jelas n nyata oak nie base babel susah nok ajo! Hahahaha(gurau jer). Sebenarnya byk lagi bahasa yg kite xpenah dengar.ade yg dah lupus n ade yg xpnah didengari.so kalo ade plz la bgtau k..
so pasni kalo aq ckp tu oak me smue sile la pepaham kit.
Selamat beramal.