Tuesday, June 21, 2011

Ayam Golek Pekan



Bahan-bahan
700g atau ½ ekor ayam


50g air asam jawa – dibancuh dengan sedikit air panas dan diambil airnya


1 biji buah keras


2.5sm halia


2.5sm kunyit hidup


100g bawang merah


4 ulas bawang putih


1sm lengkuas


10g lada kering


2 batang serai – dititik


2 cawan santan


1 sudu teh halba


Garam dan gula



Cara memasak


Masak bahan-bahan kisar bersama santan, serai, halba, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa sehingga pecah minyak. Setelah separuh pekat, masukkan ayam dan masak sehingga ayam masak.


Keluarkan ayam dan renehkan kuah dimasak sehingga pekat.


Bila siap, tuangkan kuah ke atas ayam dan dibakar atas bara api.


Ataupun isi ayam yang masak juga boleh disiat dan diletakkan ke dalam pinggan. Kuah kemudian dituang ke atasnya.