Friday, March 5, 2010

SEDIKIT INFO DR KOPI N PASTA"

Persaingan pasaran komoditi ayam masa kini samada di pasaran antarabangsa mahupun dalam negeri menjadi semakin sengit. Harga, kualiti dan kebersihan hasilan adalah antara faktor utama kepada jaminan pasaran. Penilaian orang ramai dan pengguna terhadap keselamatan makanan, kualiti alam sekitar, kesejahteraan kehidupan dan kebajikan ternakan juga turut berubah. Pengeluar harus peka dengan perubahan kehendak pasaran dan orang ramai. Maka itu, kaedah amalan pengurusan perladangan perlu berubah. Ladang harus diurus dengan lebih cekap supaya menjadi lebih produktif, berdayasaing, aktiviti perladangan mesra alam dan hasilan sesuai untuk makanan pengguna. Keperluan kebajikan ternakan dan pekerja juga harus diberi perhatian. Keyakinan tinggi pengguna dan orang ramai terhadap perladangan ayam perlu dibentuk, dengan itu akan membantu menjaminkan pengeluaran berterusan dan pulangan pelaburan.

Kertas Garis Panduan Amalan Perladangan Ayam Pedaging Yang Baik ini disediakan untuk panduan kepada pengusaha ayam daging menerapkan amalan perladangan yang baik bagi meningkatkan mutu perladangan ke arah mewujudkan ladang yang berkualiti, produktif, berdayasaing tinggi dan mesra sosio-persekitaran.


PENGURUSAN




Kesihatan Pekerja

Menentukan semua pekerja mempunyai tahap kesihatan yang baik. Program berkala pemeriksaan kesihatan pekerja diaturkan

Tugas Pekerja

Menyediakan senarai tugas setiap pekerja
Setiap pekerja ladang jelas tugas dan tanggungjawab mereka
Menyelia tugas pekerja, mengenalpasti kelemahan dan mengambil tindakan pembaikan sewajarnya

Latihan

Menyediakan dan melaksanakan program latihan kepada pekerja dari masa ke semasa

MEMBANGUN LADANG DAN PRASARANA

Lokasi

a) Lokasi tapak untuk membangunkan ladang tidak termasuk dalam kawasan struktur perancangan pembangunan daerah atau berhampiran dengan kawasan yang berkemungkinan tinggi akan dibangunkan untuk kepentingan awam
b) Lokasi yang mempunyai kemudahan dan prasarana asas yang baik, sempurna dan mencukupi (Perhubungan jalanraya/ jalan ladang, sistem saliran, sumber bekalan elektrik dan sebagainya)
c) Lokasi yang mempunyai ventilasi yang baik tidak kurang dari 0.5 kilometer jarak dari ladang unggas yang terhampir.
d) Sekurang-kurangnya 0.20 kilometer dari kawasan pembangunan seperti kawasan perbandaran, perindustrian, pelancongan, penempatan awam dan kemudahan awam.
e) Ladang tidak dibangunkan berhampiran tasik, kolam dan sebagainya yang selalu disinggahi oleh "migratory birds"

Reban

a) Reban dibina di kawasan berasingan dari kawasan premis-premis bukan pengeluaran dan dipagar memisahkan antara keduanya
b) Reban tidak dibina terlalu dekat dengan jalan awam yang sering digunakan oleh kenderaan mengangkut ayam
c) Rekabentuk, ukuran, binaan reban dan bahan digunakan membolehkan:


* Ventilasi dalam reban yang optimum, selesa dan tidak menjejaskan pertumbuhan dan kesihatan ayam serta keselesaan dan kesihatan pekerja
* Kerja sucihama yang berkesan

Ventilasi reban :

a) Suhu dalam reban di bawah 30°C (suhu optimum 22-26°C). Kadar kelembapan dalam reban kurang dari 70 peratus
b) Bangunan atau pokok-pokok berhampiran reban tidak menghalang peredaran udara.

Rekabentuk reban :


PERKARA JENIS TERBUKA JENIS TERTUTUP
Lebar reban tidak kurang dari 10 meter tidak lebih dari 12 meter
Panjang reban bergantung kepada keperluan tidak lebih dari 150 meter
Tinggi dinding ke atap sekurangnya 2.7 meter

-
Tinggi lantai ke bumbung sekurangnya 3.6 meter

4 meter
Tinggi lantai ke siling

-


2.1 - 3.0 meter
Tinggi tanah ke lantai ( pungut tahi ayam secara manual) : 1.95 meter (pungut tahi ayam secara manual) : 1.95 meter
Panjang tepi atap sekurangnya 0.9-1.2 meter

sama
Cerun atap sekurangnya 1-20 darjah

sama

a) Paksi memanjang reban sebaiknya mengarah timur-barat untuk mengurangkan kesan langsung pancaran matahari ke atas ayam
b) Jarak antara reban sekurangnya sama dengan lebar reban
c) Reka bentuk tidak mendedahkan ayam kepada kecederaan.
d) Reban mempunyai pintu yang cukup untuk keselamatan pekerja dan ayam semasa kecemasan. Bagi reban jenis tertutup seeloknya dipasang alat amaran kecemasan (alarm signal)

2.3 Pelan Ladang

a) Menyediakan pelan struktur ladang yang menunjukkan jalan utama ke ladang , pembangunan persekitaran seperti kampung, pekan dan sumber air berhampiran.
b) Menyediakan pelan struktur yang menunjukkan kedudukan reban-reban dan lain-lain prasarana ladang.

3. MAKANAN

3.1 Makanan

a) Memperolehi bekalan makanan dari kilang makanan yang menerapkan amalan pembuatan yang baik (GMP) atau amalan yang diperakukan bersamaan dengannya oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan
b) Menyimpan makanan di tempat yang mempunyai ventilasi yang baik yang tidak mendedahkan makanan mengalami kerosakan mutu, pertumbuhan kulat dan pembiakan serangga.
c) Menyimpan makanan di tempat yang bersih, kalis tikus dan burung.
d) Tidak menyimpan bahan-bahan racun di ruang premis yang menyimpan makanan.
e) Makanan tidak disimpan lama. Bagi tempat simpanan makanan yang berlantai simen atau tanah, makanan disimpan di atas alas tinggi lebih kurang 15sm.
f) Memantau mutu dan kebersihan makanan dari masa ke semasa.

3.2 Air Minum

a) Menggunakan air dari sumber yang bersih atau air yang telah dirawat terlebih dahulu dengan menggunakan bahan seperti klorin dan lain-lain bahan sanitiser yang diluluskan oleh kerajaan
b) Mengelakkan air minuman dari dicemari. AIr minuman disimpan di dalam bekas yang tertutup dan mudah dicuci.
c) Menggunakan bekas menyimpan air minum yang tidak mudah berkarat dan tidak diperbuat dari bahan yang boleh menyebabkan keracunan.
d) Memantau kualiti air (pH, kandungan kimia, kuman, logam, bau, warna) dari masa ke semasa.


Kandungan air minuman yang baik

pH 6.5 - 8.0
Jumlah pepejal terlarut < 550 ppm
Klorida < 250 ppm
Besi < 0.3 ppm
Sulfat < 250 ppm
Nitrat < 10 ppm
Nitrit < 1 ppm
Klorin < 0.05 ppm
Oksigen 7 - 14


4. TERNAKAN

4.1 Anak Ayam

a) Memperolehi anak ayam dari ladang baka atau ladang penetasan yang diakreditasi oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan atau yang mengamalkan prosedur pengurusan yang diperakukan bersamaan dengan syarat akreditasi
b) Melakukan kawalan mutu anak ayam semasa penerimaan.
c) Sebaiknya anak ayam diperolehi dari induk yang sama "flock" atau sama umur.
d) Anak ayam dari sumber berlainan tidak dipelihara di dalam "flock" yang sama.

5. PENGURUSAN TERNAKAN DAN PERALATAN

5.1 Panduan Pengurusan

a) Menyediakan panduan pengurusan ladang termasuk minum, pengurusan ternakan, pemberian makanan dan air minum, pengurusan reban, vaksinasi, penggunaan dan penyelenggaraan peralatan, pengurusan kesihatan ternakan dan lain-lain panduan berkaitan
b) Meletakkan panduan ringkas pengurusan ladang di setiap reban supaya mudah dilihat dan dirujuk oleh pekerja

5.2 Kawalan dan Jaminan Kualiti

a) Mengamalkan pengurusan harian, penggunaan dan penyelenggaraan kemudahan serta peralatan yang dapat mempastikan pertumbuhan dan mutu ayam yang baik.
b) Mengamalkan pengurusan harian, penyelenggaraan kemudahan serta peralatan yang dapat mempastikan perladangan tidak menyebabkan :


* pencemaran dan gangguan kepada persekitaran
* perebakan penyakit

c) Menyediakan program kepastian kualiti


Rekod Ladang

Menyediakan rekod-rekod ladang yang lengkap (rekod sumber anak ayam, sumber makanan, kematian, singkiran, pemberian ubat, pemberian vaksin dan lain-lain). Rekod-rekod diselenggara dengan baik dan dikemaskini dari masa ke semasa.

5.4 Memantau Prestasi

a) Menyediakan norma-norma petunjuk produktiviti ladang sebagai panduan pengurusan.
b) Menilai kecekapan pengurusan ladang secara berterusan.

6. KESIHATAN TERNAKAN

6.1 Program Keishatan

a) Menyediakan dokumen bertulis program kesihatan ladang dan melaksanakannya dengan betul.
b) Perancangan dan pelaksanaan program kesihatan diawasi oleh perunding veterinar yang diiktiraf
c) Program kesihatan dinilai dan dikemaskini dari masa ke semasa.

6.2 Kawalan Penyakit

a) Memantau status penyakit di ladang secara berjadual. Menyimpan rekod pemantauan penyakit dengan lengkap, teratur dan kemaskini.
b) Mempastikan ladang bebas dari penyakit Newcastle, penyakit zoonotic (Highly Pathogenic Avian Influenza dan Vancomycin Resistant Enterococci dan penyakit bawaan makanan (Salmonellosis, E.coli 157, Campylobacter, Lysteria),
c) Mengambil tindakan kawalan yang segera apabila dikesan berlaku penyakit di dalam ladang.

6.3 Biosekuriti

a) Menyediakan dokumen bertulis langkah biosekuriti dan melaksanakannya dengan betul.
b) Menyediakan prasarana biosekuriti yang lengkap dan sempurna


* Seluruh kawasan sempadan ladang dipagar sekurang-kurangnya dengan 'chain link' dan diselelenggara baik
* Mewujudkan sistem kawalan keselamatan di pintu masuk ke ladang
* Menyediakan kemudahan sucihama (pencelup tayar kenderaan dari jenis berbumbung dan semburan, pencelup kaki, tempat mandi/sembur hujan (mist spray). Binaannya hendaklah dapat mempastikan perlaksanaan kerja sucihama yang berkesan.
* Menyediakan kemudahan yang menepati keperluan biosekuriti kepada pelawat yang perlu memasuki kawasan pengeluaran.

c) Menyediakan panduan perlaksanaan amalan peraturan biosekuriti

Hanya satu laluan keluar-masuk kawasan pengeluaran sahaja digunakan.

Mewujudkan sistem mengawal pergerakan pekerja, pelawat, kenderaan, peralatan dan barangan termasuk raga ayam, anak ayam dan makanan keluar-masuk kawasan pengeluaran dan antara reban yang mempastikan mematuhi protokol biosekuriti ditetapkan.

Membina reban jenis tertutup yang memastikan udara yang disedut keluar dari satu reban tidak mengarah terus ke reban bersebelahan

d)

Peraturan biosekuriti ditampal di tempat-tempat strategik di dalam ladang untuk diambil perhatian oleh pekerja.
e) Keberkesanan perlaksanaan protokol biosekuriti dipantau dan dinilai dari masa kesemasa dan membuat pembaikan di mana perlu.

6.4 Ubatan, Racun dan Bahan Kimia

a) Mengguna, mengendali dan menyimpan ubat, racun dan bahan kimia mengiukut kaedah sebagaimana diarah oleh pengeluarnya. Dos diguna, tempoh penggunaan dan persekitaran menyimpannya dipatuhi.
b) Hanya menyimpan ubat pada kuantiti yang dijangka mencukupi untuk kegunaan sesuatu tempoh masa sebelum tarikh lupusnya.
c) Mengguna hanya ubat, bahan kimia dan racun dari jenis yang diluluskan oleh kerajaan.

6.5 Vaksin dan Program Pemvaksinan


Umur Jenis Vaksin Kaedah
1 hari ND + IB Intranasal
7 hari ND + IB Intranasal
14 hari IBD Oral
21 hari ND + IB Oral

a) Menyediakan dokumen bertulis program pemvaksinan dan melaksanakannya dengan betul.
b) Program pemvaksinan menggunakan vaksin dari jenis yang sesuai.
c) Vaksin disimpan, dikendali dan diguna mengikut kaedah sebagaimana diarah oleh pengeluarnya,
d) Baki vaksin yang telah diguna tidak digalak diguna semula.
e) Menggunakan vaksin dari jenis yang dilulus oleh kerajaan sahaja.
f) Memantau keberkesanan pemvaksinan yang dijalankan.

6.6 Sucihama

a) Reban disucihama dengan sempurna selepas setiap pusingan pengeluaran, membiarkannya kosong untuk tempoh yang sesuai (Tempoh yang dapat mematikan pusingan pembiakan agen penyakit) sebelum kumpulan ayam baru dibawa masuk.
b) Semua peralatan ladang disucihama sempurna selepas setiap kali digunakan, menyimpan di tempat yang bersih dan kering sebelum diguna semula.
c) Memantau keberkesanan kerja sucihama yang dibuat.

7. SANITASI

7.1 Kebersihan

a) Sentiasa menjaga bersih persekitaran ladang dan premis.
b) Menyelenggara baik rumput dan tumbuhan di dalam kawasan ladang.
c) Menyelenggara baik sistem saliran ladang.

7.2 Pelupusan Sisa Ladang

a) Melupuskan dengan segera ayam mati, sarap reban dan sampah. Mengamalkan kaedah pelupusan yang sempurna: ditanam di dalam lubang dengan kedalaman yang sesuai, di dalam lubang bertutup, dibakar di tempat bertutup, dikompos.
b) Ayam mati dipungut dan dikendali dengan betul bagi mengelakkan kemungkinan menjadi punca perebakan penyakit.
c) Menentukan kaedah pelupusan ayam mati, sampah, sarap dan lain-lain sisa ladang tidak mencemarkan persekitaran dan kesejahteraan awam.
d) Menyediakan tempat khas pelupusan sisa ladang jauh dari reban dan sumber air

8. KAWALAN MAKHLUK PEROSAK

8.1

Protokol Kawalan

Menyediakan secara bertulis dokumen kawalan dan melaksanakannya dengan betul. Menilai keberkesanan protokol dari masa ke semassa dan diperbaiki jika perlu.

8.2 Binaan Reban dan Setor

a) Membina reban dan setor jenis kalis burung dan sebaiknya juga kalis tikus.
b) Bahan binaan yang digunakan untuk mengawal burung dari memasuki ke dalam reban dan setor, saiz dan pemasangannya mempastikan burung tidak boleh masuk ke dalam reban. Pemeriksaan berkala dibuat untuk mementukan ianya sentiasa berkeadaan baik.
c) Menentukan tidak ada tempat di dalam kawasan ladang yang menarik tikus dan burung membuat sarang.

8.3 Tumbuhan dan Pokok

a) Pokok-pokok yang menarik burung ke kawasan ladang tidak digalakkan di tanam di sekeliling reban. Dahan-dahan pokok yang ditanam berhampiran dengan reban diselenggara baik.
b) Menyelenggara dengan baik tumbuhan dan rumput dalam jarak 30 meter dari kawasan reban supaya tidak melebihi 15 sentimeter bagi mengelakkan menjadi tempat burung dan tikus bersarang atau berlindung. Tiada tumbuhan dan rumput sekurang-kurangnya dalam jarak 0.9m. sekeliling reban.

8.4 Kawalan Tikus

a) Memantau infestasi tikus dari masa ke semasa dan merekod sempurna.
b) Mengambil langkah mempastikan indeks infestasi tikus tidak lebih dari 10
c) Mengambil langkah kawalan jika infestasi tikus melebihi indeks ini.

9. KAWALAN PENCEMARAN

9.1 Kawalan Lalat

a) Mengambil langkah-langkah supaya tahap infestasi lalat di ladang di paras minimum. Program kawalan lalat diwujudkan dan melaksanakannya dengan betul.
b) Memantau infestasi lalat di semua peringkat pemeliharaan secara berkala dan merekod dengan lengkap indeks lalat (menggunakan Scuder fly grill) mesti tidak lebih dari 10. Mengambil langkah kawalan jika indeks infestasi melebihi indeks ini.

9.2 Kawalan Bau

a) Mempastikan langkah-langkah supaya tahap bau di ladang yang terkawal dan tidak mengganggu kesejahteraan persekitaran pada setiap masa.
b) Mengambil tindakan sewajarnya dengan segera segala perkara yang boleh menjadi punca bau busuk di ladang dan persekitaran.

9.3 Kawalan Habuk

Mempastikan udara yang disedut keluar dari reban tertutup tidak mencemarkan udara dan menganggu kawasan persekitaran.

9.4 Pencemaran Bunyi

Mempastikan tahap bunyi dari aktiviti perladangan dan kelengkapan yang digunakan tidak menganggu kesejahteraan awam di sekitar.


10. KEBAJIKAN TERNAKAN DAN PEKERJA

10.1 Pengurusan Ternakan

Ayam bebas dari sebarang bentuk tekanan, kecederaan dan ketidak selesaan sebaik tiba di ladang dan sepanjang tempoh pemeliharaan, penangkapan dan pengangkutan.


* Ayam mendapat makanan dan air yang berzat dan mencukupi
* Sesuai dengan peringkat pembesaran sepanjang masa
* Mempastikan ayam mencukupi tempat perlindungan dari cuaca yang memudaratkan kesihatan
* Suhu ruang pemeliharaan sesuai dan sekata mengikut peringkat pembesaran ayam
* Setiap ekor ayam mendapat luas ruang lantai yang cukup dan sesuai dengan peringkat pembesaran
* Setiap ekor ayam mendapat luas ruang bekas makanan dan minum cukup dan ketinggian yang sesuai dengan peringkat pembesaran.
* Menangkap ayam dengan cara yang tidak mencederakannya
* Mengangkut ayam menggunakan kenderaan yang mempunyai sistem ventilasi yang baik
* Menyediakan pelan kontigensi sekiranya berlaku kerosakan kepada kenderaan yang mengangkut ayam

10.2 Pengurusan Ventilasi

Memantau paras gas ammonia, karbon monosida, karbon dioksida, hidrogen sulfida dan oksigen di dalam reban tertutup dari masa kesemasa bagi mempastikan parasnya tidakj menjejaskan kesihatan ayam dan pekerja. Paras gas hendaklah seperti berikut:

Gas ammonia di bawah 20 ppm
Gas karbon monosida di bawah 40 ppm
Gas karbon dioksida di bawah 0.3%
Gas oksigen di atas 16%
Gas hidrogen sulfida di bawah 5 ppm

10.3 Kemudahan Pekerja

a) Kemudahan perumahan pekerja dan kemudahan untuk pekerja berehat dan mengambil makan/minum disediakan pada jarak sekurang-kurangnya 15 meter dari reban.
b) Menyediakan kemudahan tandas yang sempurna di kawasan perumahan pekerja dan juga di dalam ladang
c) Menyediakan pakaian dan keselamatan bagi pekerja yang bekerja di tempat yang berisiko kemalangan atau jangkitan yang tinggi

No comments: