Resipi Dari Istana |
Puding Baulu Raja |
|
|
Bahan-bahan
- 225g tepung gandum
- 200g gula halus
- 8 biji telur
|
|
Cara memasak
Pukul telur bersama gula sehingga kembang. Masukkan tepung ke dalam bancuhan itu dan kacau perlahan sehingga sebati.
Sapukan loyang pembakar dengan sedikit marjerin. Masukkan adunan yang telah dipukul ke dalam loyang dan bakar pada suhu ketuhar 175°F sehingga masak.
|
Bahan-bahan untuk Kuah Puding - 250g gula
- 1 tin (410g) susu cair/sejat
- Air sebanyak ½ tin susu
- 3 biji kuning telur
- Sedikit esen vanila
- Daun pandan – disimpul
|
Cara Memasak
Pukul kuning telur bersama susu dan air. Tapis dan kemudian campurkannya bersama gula. Kacau sehingga sebati.
Masukkannya di dalam periuk bersama daun pandan dan masak di atas api kecil sehingga pekat. Kacau selalu supaya tidak bergentel.
Angkat dari api apabila sudah pekat dan tuangkan ke dalam mangkuk yang lain untuk disejukkan. Masukkan esen vanila.
|
Cara Menghidang - Hiaskan bahulu dengan buah prun, ceri dan urat emas di dalam mangkuk puding dan tuangkan kuah puding ke atasnya sebelum dihidangkan.
waa..sedap nyer :-D |
3 comments:
ko wat ke?
ko wat ke?
mak aq wat..cedap~
Post a Comment