-POLITIKUS-

"Di manakah kekuatan Laksamana Hang Tuah? Di kerisnya kah? Di kekuatannya kah?" Ini adalah skrip dalam babak Nujum Pak Belalang karya Seniman Agung P.Ramlee.

Kini muncul sebuah filem hebat yang dijamin Box Office dan bakal memenangi banyak anugerah termasuk anugerah 'Academy' yang berjudul 'NUJUM PAK BELAKANG'!

Watak hero filem ini ialah seorang 'pelakon' hebat yang petah berbicara serta pandai bermuka-muka di depan orang ramai. Watak heroin pula dibintangi oleh isteri pelakon tersebut. Turut membintangi anak perempuan hero filem yang memegang watak kecik bagi menarik golongan muda ke pawagam.

Filem ini mengisahkan kehebatan hero yang kononnya memperjuangkan demokrasi tulen.

Aksi-aksi serta kesan khas banyak terdapat di dalam filem ini. Seperti aksi hero merangkak di lantai sambil seorang pelakon pembantu memancutkan K.Y. jelly yang dipegang. Satu lampiran surat dijadikan kesan khas yang cukup memperdayakan penonton dan pasti penonton akan kagum dengan teknologi yang digunakan.

Pelakon utama juga tidak akan memakai cermin mata (walaupun matanya rabun) dan membiarkan rambut tepinya kelihatan beruban sedikit bagi menggambarkan sang hero sudah tua dan dapat menagih simpati penonton.

Adegan 'kasih sayang' di antara suami, isteri dan anak pasti akan menyebabkan perasaan penonton tersentuh.

Kehebatan hero sebagai ahli nujum yang mengetahui masa depan sudah tentu membuatkan penonton kagum dan ingin menjadi seperti hero filem tersebut.

Aksi stunt 'Lompat 16 September' semestinya akan menyebabkan jantung penonton 'dup dap dup dap' macam motor bot.

Penggambaran filem ini turut diadakan di luar negara seperi Amerika, Australia, Taiwan dan beberapa negara barat yang lain.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, filem ini menelan belanja berbillion ringgit. Namun tidak diketahui dari mana pelakon utama yang juga penerbit filem tersebut mendapatkan dana yang begitu banyak. Desas-desus mengatakan pelakon itu menjual 'alat canggih' dibelakangnya kepada pelakon luar negara.

Namun, babak akhir filem ini iaitu hero makan 'karipap sardin' sambil menyebut "MMMOHHHTAAR" dijangka akan menaikkan kemarahan peminat fanatik hero filem tersebut. ;P
filem berhenti sekita sebab hero minta tangguh nak cari supply ky jelly dan lagi sorang pelakon tambahan. heroin kena ada dua tak cukup satu.